Monday 11 November 2013

Terlalu banyak yang ingin aku tulis, namun aku tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Apa pun lets try first kan? Sekarang ni kira demam cuti, ramai dah kawan2 yang mula 'mencutikan' diri, walaupun cuti sebenar untuk guru-guru hanya akan bermula pada 16hb November ni! Agak sunyi juga, budak-budak sekolah pun tak de, yang ambil SPM & STPM pula hari ni (11/11/13) tak der paper. Nasib baiklah ada juga budak-budak form1 dengan form2 yang ada ujian matematik, esok pula ujian science, so tak lah sunyi sangat! Nak marking paper pun rasa malas, asyik borak-borak jer kami seharian ni. Ada juga hasil bualan kami tu, siap salin resipi masak satay dan buat cheese cake lapis! Insha Allah akan dicuba tu, resipi yang dikongsi oleh puan Hawa dan cikgu Norzalina, mesti sedap tu! Cerita punya cerita, salin punya salin, time to go back pun sampai. Kemas-kemas buku, angkat bag, turun tangga, terjumpa pula dengan PK Pentadbiran kami, borak sebentar perkembangan semasa tentang PPD Beaufort for the coming 2014 punya new line-up! Hopefully semuanya berjalan dengan lancar dan akan dapat new PPD officer yang lebih prihatin dan berdaya maju supaya PPD Beaufort akan lebih mantap dan dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti! Well we'll see what tomorrow bring to us, till then sweet dreams everyone and take care.